Laman Utama / Tatacara Permohonan Tenaga Pengajar

Tatacara Permohonan Tenaga Pengajar

Dikemaskini Oleh : Pentadbir Portal
Tarikh Kemaskini : 04/07/2018

TATACARA PERMOHONAN

TENAGA PENGAJAR

SURAT SOKONGAN PAS LAWATAN IKHTISAS


1.     


Memastikan Sekolah / Penganjur telah berdaftar dengan
Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) / Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) / Jabatan Mufti Negeri dibawah Enakmen Sekolah-Sekolah Agama.
Penganjur
mestilah berdaftar di sistem e-Ikhtisas melalui JAIN/ MAIN/ Jabatan Mufti Negeri untuk mendapatkan ID dan Katalaluan bagi log masuk ke dalam sistem.


2.     


Penganjur

  • Log Masuk ID Penganjur
  • Melengkapkan maklumat di Maklumat Pemohon dan Maklumat Tambahan
  • Memuatnaik  Halaman Utama Pasport, Cop Imigresen masuk Malaysia terkini, Pas Lawatan Ikhtisas terkini, surat tauliah mengajar dan Syahadah/ Sijil Diploma/ Ijazah di Maklumat Tambahan
  • Pengajar yang berpindah tempat mengajar perlu memuatnaik Surat Berhenti
  • Mengesahkan perakuan penganjur dan memuatnaik Jadual Tenaga Pengajar serta Surat/ Sijil pendaftaran sekolah yang belum tamat tempoh di  Maklumat Penganjur (menyatakan Nama Sekolah, Nama Tenaga Pengajar, No Pasport, Hari, Masa, Subjek )
  • Melengkapkan permohonan dan hantar ke JAIN/ MAIN/ Jabatan Mufti Negeri melalui sistem
  • Perlu membuat temujanji dengan JAIN/ MAIN/ Jabatan Mufti Negeri untuk menghadiri temuduga.
  • Menyemak status/ keputusan permohonan melalui e-Ikhtisas
  • Bagi warganegara Indonesia
    • Perlu menunggu proses semakan tapisan keselamatan daripada PDRM (Tempoh maksima selama 6 bulan) bagi permohonan baharu sahaja
    • Mengemukakan Surat Kepolisian Indonesia yang belum tamat tempoh semasa permohonan dibuat.


3.     


Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) / Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) / Jabatan Mufti Negeri

  • Mendaftarkan maklumat penganjur ke dalam sistem untuk mewujudkan ID dan Kata laluan pengguna
  • Menerima permohonan dari Penganjur
  • Menyemak permohonan, melaksanakan proses temuduga  dan menghantar keputusan temuduga  ke Jakim


4.     


Jakim

  • Menyemak dan memproses permohonan
  • Memberikan ulasan untuk pengemaskinian maklumat sekiranya permohonan yang diterima tidak lengkap
  • Menyokong dan mengeluarkan Surat Sokongan Pas Lawatan Ikhtisas


5.    


Surat Sokongan Pas Lawatan Ikhtisas

  • Penganjur/ Pemohon boleh mendapatkan Surat Sokongan Pas Lawatan Ikhtisas daripada JAIN/ MAIN / Jabatan Mufti Negeri atau Jakim.
  • Sila pastikan surat tersebut mempunyai cop rasmi jabatan (JAIN/ MAIN / Jabatan Mufti Negeri atau Jakim)
  • Perlu membawa bersama Pasport Asal pemohon untuk mendapatkan Surat Sokongan Pas Lawatan Ikhtisas

 

 

 

PAUTAN

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Jabatan Imigresen Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
MAMPU

[IP Anda : 10.29.207.79]
Halaman ini mengambil masa 0.031 saat untuk dipaparkan.

Maklumat AM


Penafian:- Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

JUMLAH PELAWAT TERKINI

715,056

Pengunjung Online : 4
Hari Ini : 203
Minggu ini : 5922
Bulan ini : 20532
Tahun ini : 96147
Kemaskini terakhir : 14/04/2021

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox 3.6 dan Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1024x768. Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Hak Cipta © 2024, JAKIM. Hakcipta Terpelihara. Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.